“SAYANG, tema raya kita tahun ni warna apa?”
tanya Muslim.
“Abang
nak warna apa?”
Muslim
herot bibir. Mengeluh perlahan. “Buat lenguh rahang abang bercakap aje. Abang
tanya sayang, sayang tanya abang balik.”
“Ikut
abanglah nak warna apa pun,” balas Zara acuh tak acuh.
Wajah
Zara dikerling sekilas. Apa pula yang tak kena ni? Hati Muslim tertanya-tanya.
“Kenapa
ni, sayang? Lain macam
aje bercakap.”
Zara
menggeleng. “Tak ada apa-apa.”
“Mesti
ada. Kalau tak, takkan tak bersemangat macam ni. Cepat beritahu abang apa yang sayang
pendam dalam hati tu. Teringin jugak abang nak tahu.”
“Betul
abang nak tahu?”
“Yalah.
Cakaplah…”
“Zara
sedih sebab tahun ni first time
sambut raya jauh daripada keluarga,” luah Zara sambil tertunduk hiba. Tak
merasalah nak makan nasi minyak emak dia yang sedap gila tu di pagi raya nanti.
Pasal
raya rupanya. Muslim tersenyum lalu memujuk. “Janganlah sedih macam ni. Jauh
daripada keluarga tapi dekat dengan suami. Keluarga abang pun keluarga sayang
jugak apa?”
Zara
tersenyum tawar. “Memanglah. Tapi tetap tak sama dengan keluarga sendiri.”
Muslim
mengamati lama wajah Zara dengan muka berkerut. Hatinya terus cepat mengesan
sesuatu.
“Ini
taktik sayang nak suruh abang kasi can beraya rumah sayang dulu ke ni?”
Kali
ini Zara tersengih-sengih memandang Muslim. “Boleh?”
“Oh,
minta maaf. Tak boleh, tak boleh… Tahun pertama sayang jadi isteri abang,
sayang kena beraya dekat rumah keluarga abang dulu. Tahun depan baru giliran
rumah keluarga sayang,” balas Muslim tegas.
Zara
memasamkan muka kembali. Jawapan Muslim buat dia berasa hampa.
“Apa
yang best beraya dekat rumah abang
ni?” soalnya mempertikai.
“Tentulah
sebab ada Beto Kusyairy.” Muslim tuju jari telunjuk muka sendiri sambil mengekek
panjang.
Huh!
Tak habis-habis perasan macam Beto Kusyairy. Zara menggerutu dalam hati sambil
mencebik.
“Dah
8 bulan kita kahwin. Tapi sayang masih susah nak terima kenyataan yang suami
sayang ni kacak macam Beto Kusyairy. Sayang dengki ke sebab muka sayang tak ada
iras macam artis?” soal Muslim eksyen.
Zara
menjeling menyampah. “Tak ada maknanya. Lagi, apa yang best?”
“Tahun
ni, mak cik abang yang tinggal dekat Dubai ada balik beraya dekat Malaysia.
Kalau sayang nak tahu, mak cik abang tu ada buka restoran tau dekat sana. Dia
berniaga nasi dagang. Nanti masa raya bolehlah sayang rasa masakan dia. Sedap
tau. Ha… lagi satu, mak cik abang tu ada seorang anak perempuan cantik. Nama
dia Dilla.”
Dilla?
Zara mula berasa sesuatu. Dia mencerun matanya memandang Muslim yang
tersengih-sengih.
“Jadi,
abang tak sabarlah ni nak jumpa dengan Dilla tu?” soal Zara. Cemburu mula
berputik dalam hati. Habis, dia tak cantik ke?
“Bukan
abang yang tak sabar. Dia yang tak sabar nak jumpa abang sebab masa kita kahwin
hari tu dia tak dapat balik Malaysia. Jadi, dia terujalah nak jumpa abang
dengan isteri kesayangan abang yang cantik ni,” balas Muslim. Pipi Zara dicubit
manja.
Tersenyum
lebar bibir Zara mendengar pujian Muslim. Cemburunya tadi disimpan semula.
“Okey,
disebabkan abang puji Zara cantik, jadi Zara beritahu abang warna tema raya
kita tahun ni. Warnanya emerald green.”
Muslim
bergumam seketika membayangkan warna yang disebut Zara. Kemudian dia tersenyum.
“Abang dah dapat bayangkan betapa kacaknya abang masa hari raya nanti pakai
baju Melayu warna tu.”
“Zara
pun boleh bayangkan jugak betapa manis dan cantiknya Zara pakai baju kurung
moden warna emerald green tu nanti.”
Zara angkat kening. Ingat Muslim seorang aje ke boleh perasan dan puji diri
sendiri?
“Cantik
macam siapa?” Muslim cuba menduga. Kutlah Zara perasan cantik persis mana-mana
artis juga.
“Cantik
macam Zara Zafirahlah.”
Muslim
ketawa. “Ya, Zara Zafirah abang ni memang manis dan cantik. Kalau tak,
takkanlah jantung abang berdegup macam orang baru lepas berlari pecut seratus
meter masa kali pertama tengok dia,” puji Muslim lagi. Bibirnya tersenyum
mengimbau kenangan lama itu.
Giliran
Zara pula menyambung ketawa Muslim tadi. Terbayang-bayang situasi pertemuan
mereka di pejabat Encik Peon dahulu. Penuh tegang dan beremosi. Namun, lama
kelamaan rasa itu kendur dan diganti dengan rasa cinta yang menggila. Tak
pernah terfikir langsung akan jatuh suka dekat lelaki sengal macam Muslim ni.
“Terima
kasih sebab terpikat dekat Zara walaupun tahu mulut Zara ni kurang sopan.”
“Sebelum
jatuh cinta aje kurang sopan. Lepas bercinta dan kahwin, mulut dia manis macam
puding karamel.” Muslim tersenyum-senyum. Matanya kemudian jatuh ke bibir Zara.
Idea nakal muka berlegar-legar dalam kepala.
“Hmm…
tiba-tiba abang rasa macam nak makan benda manislah. Boleh request tak?”
“Nak
manis tahap mana?” Zara layankan sahaja guruan nakal suaminya itu.
“Tahap
paling kronik.”
“Tak
takut kena diabetis ke?”
Muslim
menghela nafas panjang. “Sayang… sejak abang jadi suami sayang, apa aje
penyakit yang tak pernah abang kena? Heart
attack boleh kata setiap hari terkena bila tengok muka sayang. Mujur tak
putus nyawa aje.”
Ketawa
Zara bergema kuat. “Okey, Zara approved
request abang tadi.”
Senyum
Muslim menjadi meleret. Tak sia-sia aku mengayat.
BUNYI suara azan berkumandang membuatkan
Encik Peon terjaga dari tidur. Kalut dia mencari botol air mineral hendak
minum.
“Bismillah…”
Air itu terus ditogok rakus. Sedang asyik minum, pintu bilik pejabatnya dibuka
dari luar.
Zara
terlopong melihat Encik Peon minum air. Terkaku dia sebentar di muka pintu.
“Encik
Peon! Tak puasa ke hari ni?” soalnya.
Encik
Peon berhenti minum. Dia sendawa sambil mengesat mulut. Leganya dapat basahkan
tekak yang kering.
“Tak
puasa apa bendanya? Kan dah masuk waktu berbuka ni. Punyalah kuat saya pasang
radio ni. Awak tak dengar ke bunyi azan maghrib tu?” balas Encik Peon. Dia
sambung minum semula.
“Tapi
sekarang baru pukul 1.30 petang. Itu azan waktu zuhur. Bukan maghrib,” kata
Zara. Wajah Encik Peon dan radio buruk di atas almari dipandang bergilir-gilir.
Air
di dalam mulut Encik Peon terus tersembur keluar. Terbelahak panjang dia selepas
itu.
“Astagfirullah
al-azim! Batal dahlah puasa saya. Macam mana saya nak buang balik air tadi?”
Zara
tergelak tengok Encik Peon menggelabah tidak tentu arah.
“Pergilah
kencing kat dalam toilet tu.”
“Nak
kencing macam mana? Tak rasa nak terkucil pun. Awak ni pun satu. Kenapa tak
halang saya tadi?”
“Eh,
saya pulak yang bersalah. Encik Peonlah yang salah. Kalau fikir logik, masa waktu
berbuka kita mana duduk dekat opis. Kan kita balik kerja pukul 4.45 petang.”
Encik
Peon tersengih sambil menggaru-garu belakang kepalanya. Ya tak ya juga. Bulan
puasa ni rasa macam bengap lain macam. Tak cukup amal lagi ni.
“Zara,
awak jangan beritahu orang tau pasal tadi. Ini rahsia antara kita berdua aje,”
pesan Encik Peon secara berbisik.
“Saya
tak akan cakap kalau Encik Peon luluskan cuti raya saya ni.” Zara menghulur
borang cuti kepada Encik Peon.
Encik
Peon ambil dan baca. Kemudian memandang Zara.
“Aik,
syarikat dah kasi cuti seminggu awak minta lagi extra tiga hari? Awak nak pergi beraya ke bulan ke ni?”
“Alah,
Encik Peon ni. Tiga hari pun nak berkira. Dahlah bonus raya tak ada tahun ni.
Kasi canlah saya beraya lama sikit untuk ubat rasa kecewa tu,” ujar Zara
mengkritik Encik Peon tanpa bertapis.
“Yalah,
yalah…” Encik Peon terus sain borang tersebut. Malas hendak bertekak dengan
Zara pasal bonus. Nanti berbakul-bakul Zara hentam dia.
Zara
tersengih panjang apabila cuti rayanya diluluskan. Bukan susah sangat nak suruh
Encik Peon akur dengan permintaan dia.
“Raya
tahun ni giliran rumah siapa dulu?”
“Muslim.”
Wajah
Encik Peon pamer reaksi terkejut. “Pasal apa bukan rumah awak? Bukan ke tahun
pertama jadi suami isteri kena sambut raya dekat kampung isteri dulu?”
Zara
mengeluh. Kalaulah Muslim berfikiran macam Encik Peon kan bagus.
“Saya
kalah dalam undi pilihan raya kecil balik kampung.”
“Hai,
nak balik beraya dekat rumah siapa dulu pun kena mengundi jugak ke? Kalah parti
politik. Macam-macamlah awak dengan Muslim ni.” Encik Peon tergeleng-geleng.
“Takkan
Encik Peon tak kenal perangai bekas klien Encik Peon tu? Pelik-pelik aje
ideanya. Nak bantah nanti kena kata derhaka pulak. Tapi sedih jugaklah saya
rasa sebab tak dapat bersalam dengan mak dan ayah saya pagi Syawal tahun ni.”
Suara Zara mengendur. Dia tayang muka sedih.
“Dah
hidup berkeluarga ni mana sama lagi macam zaman bujang dulu. Anggaplah tu
pengorbanan. Tak ada apa yang nak disedihkan sangat pun. Kalau macam saya ni
barulah boleh dikatakan sedih. Dahlah mak dan ayah dua-dua dah meninggal.
Dengan isteri pulak dah bercerai. Beraya sorang-sorang ajelah dekat rumah tu,”
kata Encik Peon. Namun, perkara itu sudah biasa dilalui.
“Kalau
macam tu, cepat-cepatlah cari calon isteri baru, Encik Peon. Barulah tak sunyi
beraya tahun depan,” seloroh Zara.
Encik
Peon tergelak. “Awak rasa ada ke perempuan sudi nak kahwin dengan saya?”
“Mestiah
ada. Dalam FB pakai nama Peon Kacak. Mustahil tak ada yang terpaut dengan Encik
Peon.”
Kembang
kempis hidung Encik Peon dengar Zara memujinya. Dia terus membuka laci dan
mengeluarkan sekeping sampul duit raya.
“Nah,
duit raya untuk awak. Upah sebab puji saya.”
Zara
menjerit kesukaan. Dia menyambut dengan penuh teruja. Di hadapan Encik Peon
juga dia buka sampul tersebut dan menarik keluar separuh isi di dalamnya. Namun
perlahan-lahan mukanya bertukar cemberut selepas itu. Dua ringgit aje?
“Encik
Peon ni kedekut betullah. Ada pulak kasi saya duit raya dua ringgit. Kasilah
dua ratus ke? Dua ringgit ni pergi ke bazar nak beli roti john pun tak lepas
tau,” sungut Zara geram. Buat penat aje dia berasa teruja tadi.
“Tak
payah beli roti john. Beli aje roti Gardenia harga 70 sen tu. Dapat dua
bungkus. Awak satu, Muslim satu. Cukuplah tu. Baki 60 sen simpan dalam tabung.
Kan berbaloi,” balas Encik Peon bersahaja tanpa bersalah.
Zara
mencemik. Sakit hati betul dengar jawapan bosnya itu. Tak apa, dia tambah lagi
dua hari cuti sendiri. Kasi ajar sikit Encik Peon yang kedekut tahi hidung
masin tu.
Reeani Annur 2015
No comments:
Post a Comment