21 June 2013

Pre-Order Novel Benci Tanda Sayang Kini Dibuka

Okey, saya nak buka PRE-ORDER untuk sesiapa yang nak beli novel BENCI TANDA SAYANG daripada saya. Ehem! Ada yang sudi beli tak ni? Kalau sudi, sila emailkan butir-butir yang saya tulis kat bawah ni ke email saya - umairahqaseh@rocketmail.com

1. Nama
2. Alamat
3. No. telefon
4. Nama FB (Senang sikit saya nak cam)

 *Yang tak friend dengan saya di Facebook, anda boleh email ke alamat email saya seperti yang tertera di atas.
HARGA BUKU:

RM25.00 (Semenanjung Malaysia) - Termasuk postage Pos Laju
RM28.00 (Sabah/Sarawak) - Termasuk postage Pos Laju

BAYARAN:

Akaun Maybank (Nanti bila dah sedia untuk pembayaran, saya akan beri no akaun)

PAKEJ PEMBELIAN MERANGKUMI:

1) Novel BTS yang covernya ala-ala sweet. (Haha!)
2) Tandatangan
3) Cenderamata yang comel dan kiut.

Kalau berminat, boleh hantar email/pm saya cepat-cepat untuk m
emudahkan saya buat list nanti.
Sekali lagi saya nak beritahu, Fajar Pakeer hanya buka tempahan online pada 1 JULAI 2013, jadi novel BTS hanya akan dapat diposkan kepada anda selepas itu. Makan masa sikitlah. Tapi saya nak beritahu awal-awal. Tempahan melalui saya mungkin lambat sedikit diproses sebab saya pun terikat dengan komitmen kerja. Walau bagaimanapun, saya akan cuba poskan secepat yang mungkin.
Kerjasama anda saya dahulukan dengan ucapan terima kasih. Harap jelas semuanya.
Reeani Annur 2013

20 June 2013

BENCI TANDA SAYANG - REEANI ANNUR


BENCI TANDA SAYANG - REEANI ANNUR
ISBN 978-967-365-166-5
RM22.00 / RM25.00

Nor Qaseh Umairah bukanlah gadis cantik yang badannya ramping macam pelakon Eja. Sesetengah mulut jahat panggil dia perempuan gemuk. Yang lebih lagi jahat panggil dia badak sumbu. Tetapi gelarlah dia apa-apa pun, dia tetap jadi kegilaan lelaki. Sayang, hati dia sudah beku untuk mempercayai manusia yang bernama lelaki. Sebab itulah dia kunci kemas-kemas pintu hatinya buat Qusyairy Adib.

“Aku memang tak ada perasaan untuk orang macam dia.”

Qusyairy Adib. Ya, dialah lelaki yang tergila-gilakan Nor. Daripada mengejar perempuan yang maha cantik, hatinya jatuh suka kepada perempuan yang biasa-biasa. Separuh mati dia mengejar Nor. Tetapi hati gadis itu keras macam batu! Pikat macam-macam cara pun tetap tidak jatuh hati kepada dia. Tercabar sungguh dia rasa. Hei! Mana ada perempuan pernah tolak dia. Nor seorang sahaja yang berani. Mengalah? Itu bukan Qusyairy Adib namanya.

“Sekali awak tolak saya, seribu kali saya akan berusaha. Saya bukan lelaki yang cepat berputus asa tau. Lambat-laun, awak pasti akan jatuh cinta kepada saya jugak.”

Hazmi Indraputra berjaya menemukan cinta lama yang dicari-carinya selama ini. Dengan rasa cinta yang masih bersisa, dia nekad mencuba nasib dan menebus kesilapannya. Tetapi tidak sangka pula rupa-rupanya dia menjadi orang ketiga di antara Nor dan Adib. Ah! Cinta tetap cinta. Mana boleh dia mengaku kalah begitu sahaja.

“Kalau hati dah suka, semua perkara Mie sanggup buat.”

Lalu, apa yang terjadi? Adakah kebencian Nor boleh bertukar menjadi sayang? Berjayakah Adib membuatkan Nor jatuh sayang kepadanya? Dan adakah Azmi berjaya melupuskan kebencian yang bersarang di hati Nor setelah dia berpaling sayang dahulu?


*****

Daripada Mahadewi Tercipta Untukku, bertukar kepada Benci Tanda Sayang. Oh, terujanya saya dengan kelahiran novel pertama ini. Syukur alhamdulillah. Penantian saya untuk melihat kisah Adib dan Nor diabadikan dalam bentuk buku tercapai akhirnya. Nanti bolehlah peluk ketat-ketat ya. 

Terima kasih kepada anda semua yang sudi menyokong saya dan cerita yang ditulis ini. Saya berharap, novel BTS akan membuatkan anda rasa gembira apabila membacanya nanti. Mungkin masih ada banyak kelemahan. Tetapi insyaAllah, saya akan cuba perbaiki segala kekurangan tu melalui novel-novel yang seterusnya.

Cinta itu aneh. 
Benci separuh mati pun masih boleh jatuh sayang juga.

Reeani Annur 2013