Tak ada entri baru. Cuma nak war-warkan RA ada buah tangan baru sempena Pesta Buku 1 Malaysia yang akan berlangsung pada 11-15 Disember nanti di PWTC.
Bukan novel tapi antologi cerpen. Tajuknya, Kerana Dia, Ratu Sehari keluaran JS Adiwarna. RA sumbangkan satu cerpen bertajuk Derita Cinta. Selain RA ada 36 orang lagi penulis yang turut menyumbangkan cerpen dia orang.
Jadi, kepada mereka yang suka baca cerpen dan berminat nak buat koleksi, bolehlah dapatkan antologi ni di pesta buku nanti. Yang nak beli online pulak boleh contact dengan pihak JS Adiwarna. RA memang tak buka order untuk antologi ni sebab terikat dengan banyak komitmen.
Apa yang istimewanya, antologi ni ada 2 cover pilihan. Satu warna merah dadu dan satu lagi biru firus. Pilihlah mana satu yang berkenan. Kenapa ada perkataan ratu sehari? Sebab kisah-kisah dalam antologi ni berkisar tentang perkahwinan/pertunangan.
Oh ya, kalau tak ada aral, RA pun akan hadir ke pesta buku untuk sesi tanda tangan novel Benci Tanda Sayang. Siapa yang nak jumpa dengan RA yang chubby ni (Hahaha!), jomlah datang ke booth Fajar Pakeer. RA akan ada kat sana pada 14 & 15 Disember iaitu pada hari Sabtu dan Ahad. Jadualnya nanti FP akan hebahkan di Facebook.
Reeani Annur 2013

.jpg)