Mungkin ada yang masih belum tahu saya sudah terbit tiga buah novel bersama Penerbitan Fajar Pakeer. Mungkin juga ada yang masih belum baca ketiga-tiganya. Jadi, hari ni saya naklah promo sikit cinta hati kesayangan saya ni. Untuk BTS dan Meow, saya ada letak beberapa bab di sini. Boleh intai-intai di sebelah kiri blog. Cubalah baca. Manalah tahu terjatuh cinta ke dengan ceritanya. Kalau berminat nak beli, pm laju-laju PFP untuk dapatkan harga pakej di bawah. Ini harga kasih sayang tau. Order sebelum 14 November, akan dapat tandatangan daripada saya. Insya-Allah, kalau tak ada aral melintang, pada 15 November nanti saya akan berada di pejabat PFP untuk sesi tandatangan novel KDAA. Yang free bolehlah datang ke sana dan jumpa dengan penulis yang pemalu ni. Hahaha!
31 October 2014
Novel Reeani Annur
Teaser 1 - Kahwin Dengan Aku Ajelah!
Hari ni Internet manja betul dengan saya. Dapatlah saya online menggunakan laptop dan masukkan sedikit teaser KDAA di blog tercinta ni. Tapi saya copy paste daripada Facebook Penerbitan Fajar Pakeer sahaja. Harap-harap terhiburlah hendaknya. Jom baca-baca sikit. Kalau berkenan, cepat-cepat order dengan PFP ya. Order sudah dibuka dan ada harga pakej istimewa lagi.
*****
“Sudin, nenek aku tu memang dah gila agaknya. Tadi dia cari pasal dengan
aku. Dia cakap, dia dah carikan calon isteri untuk aku. Dia nak suruh
aku kahwin!” Muslim menekankan perkataan kahwin dengan kuat. Gerun
rasanya apabila kena ugut kahwin dengan perempuan yang dia tidak kenal.
Macam terlibat dalam nahas ngeri. Dia tidak sanggup menjadi mangsa
korbannya.
“Apa? Nenek kau carikan calon isteri untuk kau? Kau biar betul, Mus. Takkanlah dia dah tak sabar-sabar nak timang cicit kut?”
“Bukan pasal cicit. Tapi pasal nak ubah sikap aku.”
“Habis tu, kau dah jumpa ke gadis tu? Cantik tak orangnya? Kalau
cantik, kau setuju ajelah. Nanti tak payah dah kau susah-susah fikir
pasal calon isteri,” kata Sudin seakan-akan memihak kepada nenek Muslim.
“Aku belum bersedia lagi nak kahwin. Jadi, aku peduli apa kalau
calon isteri yang dia cari tu cantik ataupun tak. Yang aku tahu, aku tak
nak kahwin. Dan, kau kena tolong aku selesaikan masalah ni,”.
“Habis, kau nak aku tolong kau macam mana?”
“Kau tolonglah buat apa-apa yang patut, asalkan aku dapat keluar daripada masalah ni.”
“Senang-senang, kau cari ajelah mana-mana kawan perempuan kau. Minta
tolong dia orang menyamar jadi kekasih kau sekejap. Lepas tu, kau
beritahulah dekat nenek kau yang kau dah ada calon pilihan sendiri.
Mesti dia tak jadi nak jodohkan kau dengan calon pilihan dia tu,” cadang
Sudin.
“Menyamar?”
*****
“Ha... aku ada nak beritahu kau pasal satu iklan kat dalam surat khabar
ni. Kau dengar aku baca, ya...” Sudin berdeham beberapa kali,
membetulkan suara.
Muslim pula menanti penuh sabar dan berdebar-debar.
“Syarikat Peon Sdn Bhd. Kami menawarkan pelbagai perkhidmatan berkaitan
hal remeh-temeh dan hal serius. Menjadi ejen penyiasat untuk membongkar
skandal pasangan bercinta atau yang telah berkahwin. Memberi khidmat
nasihat kepada pasangan yang baru pertama
kali nak pergi dating. Menjadi orang tengah kepada pasangan yang
bergaduh besar. Menjadi...”
“Sekejap! Sekejap! Syarikat Peon ni syarikat
apa? Semuanya dia nak jadi. Ada ke syarikat macam ni yang wujud dalam
dunia yang serba canggih macam zaman sekarang ni?”
“La... mestilah ada.
Kalau tak, takkanlah surat khabar ni iklankan perkhidmatan syarikat dia
pulak,” ujar Sudin.. “Aku tak nak dengar kau baca iklan merepek tu. Aku
nak dengar macam mana cara nak selesaikan masalah aku..”
“Ni aku tengah
ceritalah ni macam mana nak selesaikan semua tu. Hah, cuba kau baca ayat
terakhir dalam iklan ni. Syarikat kami juga menawarkan perkhidmatan
penyamaran dalam kes-kes tertentu. Menyamar jadi kekasih, tunang, isteri
dan suami orang untuk menyelesaikan masalah kahwin paksa, rela dan
sebagainya. Nah! Inilah jawapan kepada masalah kau tu, Mus!”
“Huh! Aku
tak percayalah dengan syarikat ni. Iklan yang dia buat tu nampak macam
tak berapa nak betul aje. Nama syarikat pun tak profesional tau. Peon?
Dah tak ada nama lain ke yang dia nak guna? Tak sedap langsung aku
dengar. Entah-entah, Syarikat Peon ni syarikat palsu yang ada
unsur-unsur penipuan. Kau jangan, Sudin... Karang bertambah besar pulak
masalah aku nanti,” komen Muslim menolak cadangan Sudin mentah-mentah.
Reeani Annur 2014
24 October 2014
KAHWIN DENGAN AKU AJELAH! BAKAL TERBIT NOVEMBER 2014
Assalamualaikum. Lama kan saya tak masukkan entri? Selain sibuk menulis, internet saya pun bermasalah. Maaflah kalau ada yang tertunggu-tunggu entri. Okey, ada berita berita baik saya nak kongsi. Siapa pernah baca e-novel Kahwin Dengan Aku Ajelah!? Novel itu bakal terbit pada bulan November nanti. Yeay! Yang suka dekat Muslim dan Zara jangan lupa ya dapatkan nanti. Ini saya sertakan cover dan blurb KDAA.
TAJUK: KAHWIN DENGAN AKU AJELAH!
PENULIS: REEANI ANNUR
PENULIS: REEANI ANNUR
Kata Hajah Rokiah kepada Muslim, “Ya, kahwin! Nenek rasa Mus kena
kahwin untuk ubah sikap Mus yang tak ada sikap tanggungjawab terhadap
diri sendiri dan diri orang lain.”
Balas Muslim pula, “Yang nenek rajin sangat pergi cari calon isteri Mus tu, kenapa? Kalau Mus nak kahwin nanti pandai-pandailah Mus cari sendiri. Nenek tak payahlah susah payah macam ni.”
Tapi, kalau nenek dengan cucu bertekak mestilah orang tua yang menang. “Kahwin atau turun pangkat!”
Nak tak nak, Muslim terpaksa minta tolong dengan si pakar cinta bernama Sudin Otai. Pertolongan Sudin telah menemukan dia dengan gadis bernama Zara. Kali pertama tengok Zara, jantung berdegup macam baru lepas lari pecut 100 meter! Sampai tersasul cakap, “Okey! Saya setuju kahwin dengan dia.”
Terkejut Zara mendengarnya. Dan tanpa dia sangka, Muslimlah lelaki yang bakal buat hidupnya jadi huru-hara sampai terjebak dengan konspirasi kahwin paksa.
Penangan cinta Zara buat Muslim jadi angau. Lalu masalah itu dirujuk lagi kepada Sudin. Sudin beri kepada Muslim sekeping kertas yang bertulis 10 cara-cara memikat perempuan.
“Kau yakin semua cara ni menjadi? Kau tak tipu aku?”
“Pernah ke kau tengok aku kena reject dengan mana-mana perempuan sebelum ni? Ha… itulah rahsianya. Jadi, kalau kau nak pikat Zara, kau guna semua cara tu. Aku jamin kau pasti akan berjaya dengan cemerlang. Percayalah cakap aku.”
Lalu, dengan 10 cara itu, bermulalah acara Muslim memikat Zara. Walaupun Zara meluat dengannya, namun dia tak berputus asa kerana dia hanya nak Zara seorang sahaja kahwin dengannya.

Subscribe to:
Posts (Atom)