26 June 2015

Cinta Sama Cinta

Selamat berpuasa kepada semua. Hari ni dah masuk hari ke-9 Ramadan. Saya harap semuanya baik-baik sahaja. 
 
Nak tanya ni. Masih ingat dengan e-novel saya yang bertajuk Kekasih Nombor Satu? (Tajuk asal sebelum tu Esok Masih Ada Cinta). Okey, ada berita gembira saya nak share dengan awak semua. Novel tu akan terbit pada Julai ini. Dah tak lama tu. Tinggal beberapa hari aje lagi nak ke bulan depan.

Tapi untuk terbitan novel, tajuknya telah ditukar kepada Cinta Sama Cinta. Penerbitnya adalah Penerbitan Fajar Pakeer. Siapa yang pernah baca novel-novel saya sebelum ini, mesti tahu macam mana gaya penulisan saya. Tema romantik komedi masih lagi dikekalkan untuk naskah kali ini. Tapi agak melankolik sikitlah menurut pandangan saya. Haha! 

Cuma hero kali ini dia tidak kerek macam Naim Naqiuddin (Meow! Kau Curi Hatiku) atau sengal macam Harith Muslim (Kahwin Dengan Aku Ajelah!). Mungkin ada sipi-sipi sikit macam Qusyairy Adib (Benci Tanda Sayang). Saya kira inilah hero saya yang paling romantik antara keempat-empat cerita yang pernah saya tulis. 

Kelainan? Saya rasa konfliknya lebih berat sikit kut tapi tak adalah memberatkan kepala sangat. Sebenarnya cerita ini selepas sampai di tangan editor, saya terpaksa pinda sebanyak tiga kali. Manuskrip asalnya lebih complicated kalau diikutkan sampai editor kata macam bukan Reeani Annur yang tulis. Ahaks! Kali ketiga hantar baru semuanya okey. Selain tu, jika dibanding dengan tiga novel sebelum ni. Dekat-dekat nak ending baru hero dan heroin kahwin. Tapi CSC ni di pertengahan cerita mereka dah kahwin. Ada tiga peringkat percintaan iaitu di zaman sekolah, bekerja dan selepas berkahwin. Jadi, saya anggap ceritanya seimbang antara sebelum kahwin dan selepas kahwin. 

Okey, kalau nak tahu lebih lanjut bolehlah dapatkan novel ini di pasaran nanti. Order secara online sudah dibuka oleh pihak penerbit. Jadi, boleh pm mereka laju-laju di Facebook. 

Di bawah ini saya sertakan cover dan blurb. Akhir kata, terima kasih kepada yang masih sudi menyokong saya. Walaupun saya bukan nama besar dalam industri penulisan, tapi saya sentiasa mahu terus menulis untuk awak semua, penyokong setia saya. Muah!

***


TAJUK : CINTA SAMA CINTA
PENULIS : REEANI ANNUR

PENERBIT: PENERBITAN FAJAR PAKEER
ISBN : 978-967-365-236-5
HARGA : RM23/RM26

 
Izam dan Hanis memulakan episod cinta pertama di Sekolah Menengah Kebangsaan Kristal Bayu. Namun, kemanisan dirasakan hanya seketika. Hanis tiba-tiba berpindah sekolah tanpa memberitahu Izam. Malah, dia orang terakhir yang tahu mengenainya dan Izam kecewa.

Selama 10 tahun Izam menanggung sengsara merindui Hanis. Walaupun dalam tempoh itu dia telah bertunang dengan Rehan, tetapi dia terus hidup dalam kenangan cinta lamanya bersama Hanis.

Jodoh akhirnya menemukan kembali Izam dan Hanis. Tanpa disangka, Hanislah pereka baju pengantin Izam dan Rehan. Atas dasar klien, hubungan mereka menjadi rapat kerana sering berjumpa.

Ketika Rehan tiba-tiba memberi goresan luka pada hatinya, Izam merasakan itulah saatnya dia harus bertindak. Dia bertekad mahu menawan semula hati Hanis.

“Izam, kau bawa aku pergi Penang?”
“Susah sangat nak dating dengan kau. Aku culiklah kau bawa bercuti ke sini.”
“Izam, untuk apa percutian ni semua?”
“Untuk ulang semula kisah cinta kita.”


Akhirnya, cinta bersemi kembali. Izam dan Hanis benar-benar menikmati peluang kedua yang datang. Tetapi, dalam bahagia ada dugaan datang menghimpit. Heris, lelaki yang dicemburui oleh Izam. Hisyam, mamat psiko yang tidak pernah ingin melihat Izam bahagia. Dan, Kay si penggoda cuba kacau daun mengurat Izam.

Bagaimanakah Izam dan Hanis menghadapi semua itu? Masihkah kebahagiaan menjadi milik mereka?

No comments:

Post a Comment