"Oh… kes kahwin paksalah ni ya? Kesiannya. Dah macam cerita dalam
novel pulak." Encik Peon menggeleng sambil mendecit beberapa kali.
Namun, decitan itu serta merta hilang apabila Muslim menjelingnya tajam.
Amboi! Jeling maut gitu. Terkesot hati aku.
Muslim mengepal tangan. Baru jumpa beberapa minit sudah berani sindir dia? Tarik rambut baru tahu, hatinya menggerutu geram.
"Sedap kan cendol kat gerai mak cik tu. Lain kali bolehlah singgah lagi. Kenyang tak awak makan tadi?" Muslim tanya Zara setelah masuk ke dalam kereta.
Zara tunduk pandang perutnya. Dah buncit sedikit. Muslim punya pasallah ni. Dah cakap tak boleh nak telan pun kena paksa habiskan juga semua makanan.

"Itulah, Encik Peon. Tak sangka pulak dalam realiti, kawan saya yang
terjebak dengan kes macam tu. Saya harap sangat Encik Peon tolong dia.
Kesian dia. Sampai gugur rambut sebab asyik duk fikir pasal semua tu.
Tinggal tak pergi buat rawatan rambut dekat Yun Nam Hair Care aje."
Sudin menokok nambah cerita agar Encik Peon akan berasa lebih simpati
terhadap nasib Muslim."
Bulat mata Encik Peon pandang muka Sudin. "Sampai macam tu sekali?"
Sudin angguk laju.
"Tak apa, lepas guna khidmat syarikat saya nanti insya-Allah masalah rambut gugur tu dapat diatasi. Syarikat saya memang ada banyak pengalaman menguruskan kes-kes macam ni. Saya jamin semua tu boleh diselesaikan dengan baik," kata Encik Peon yakin.
“Encik Muslim...” panggil Encik Peon sambil menyentuh lembut tangan Muslim.
Muslim tersentak dan terus berkata, “Okey, saya setuju kahwin dengan dia.”
“Hah?!” Encik Peon dan Zara terlopong.
“Eh! Tak, tak... Maksud saya, saya setuju dengan pilihan Encik Peon ni.” Muslim membetulkan semula kata-katanya setelah tersedar. Hei, mulut ni... Pantang nampak perempuan cantik sikit. Mulalah tersasul cakap, gerutu Muslim seraya memalingkan muka dan menampar mulutnya perlahan.
“Kalau Encik Muslim setuju, bolehlah tandatangan surat perjanjian ni.” Encik Peon keluarkan surat perjanjian dari laci meja dan letak di hadapan Muslim.

*****
“Encik Muslim...” panggil Encik Peon sambil menyentuh lembut tangan Muslim.
Muslim tersentak dan terus berkata, “Okey, saya setuju kahwin dengan dia.”
“Hah?!” Encik Peon dan Zara terlopong.
“Eh! Tak, tak... Maksud saya, saya setuju dengan pilihan Encik Peon ni.” Muslim membetulkan semula kata-katanya setelah tersedar. Hei, mulut ni... Pantang nampak perempuan cantik sikit. Mulalah tersasul cakap, gerutu Muslim seraya memalingkan muka dan menampar mulutnya perlahan.
“Kalau Encik Muslim setuju, bolehlah tandatangan surat perjanjian ni.” Encik Peon keluarkan surat perjanjian dari laci meja dan letak di hadapan Muslim.
*****
"Sedap kan cendol kat gerai mak cik tu. Lain kali bolehlah singgah lagi. Kenyang tak awak makan tadi?" Muslim tanya Zara setelah masuk ke dalam kereta.
Zara tunduk pandang perutnya. Dah buncit sedikit. Muslim punya pasallah ni. Dah cakap tak boleh nak telan pun kena paksa habiskan juga semua makanan.
"Sebab awaklah perut saya jadi buncit tau. Kalau berat saya bertambah,
awak kena bertanggungjawab," omel Zara sambil menjeling Muslim.
Muslim tengok perut Zara. Kemudian gelak sakan. "Alah, buncit sikit aje tu. Bukannya sampai jadi macam belon pun.Yang penting senang hati."
"Senang hati?"
"Yalah… bila perut dah kenyang mestilah hati rasa senang. Dada pun terasa lapang. Awak tak rasa macam tu ke?"
"Rasa serabut adalah…" jawab Zara selamba.
Muslim hanya sengih. Enjin kereta dihidupkan dan dia pandu perlahan. Biar lambat sedikit sampai ke rumah Zara. Dia belum puas lagi nak bersembang dengan Zara.
Zara toleh Muslim. "Kereta awak ni nak habis minyak ke? Apasal perlahan sangat awak bawa? Musang pun boleh pintas kalau macam ni," sungutnya apabila merasakan kereta Muslim bergerak terlalu perlahan di atas jalan raya.
Kalau ya pun berpegang dengan kata-kata biar lambat asalkan selamat, agak-agaklah sikit. Ada juga yang kena hempuk kepala dengan stereng nanti.
"Zara, kita pergi jalan-jalan dulu nak tak?" pelawa Muslim. Manalah tahu Zara setuju. Bertambah kenangan manisnya bersama gadis itu.
Zara kerut muka. "Pergi jalan-jalan ke mana pulak ni? Awak tak rasa letih ke?"
Muslim geleng. "Kalau keluar dengan awak, rasa segar macam baru lepas mandi. Tak letih langsung."
Huh! Penangan gula Melaka dalam cendol mak cik tu tadilah kut. Manisnya melekat sampai ke kata-kata.
Reeani Annur 2014

No comments:
Post a Comment